Penambahbaikan
Skim KWSP:

Apa Yang Anda Perlu Tahu

KWSP Simpanan Shariah

Selaras dengan cita-citanya membantu memperkasakan ahli untuk menangani cabaran ketidakcukupan simpanan persaraan, KWSP telah menjalankan Kempen Rundingan Ahli dari 21 April hingga 5 Mei 2015 untuk mendapatkan input dan maklum balas daripada ahli KWSP berkaitan beberapa cadangan untuk menambah baik skim persaraan sedia ada. Sebanyak 96,448 maklum balas sepanjang kempen tersebut telah direkodkan melalui kemudahan i-Akaun.

Hasilnya:

Pengeluaran Umur 55 Tahun Kekal, Memperkenalkan Pengeluaran Umur 60 Tahun

  • Seramai 94 peratus ahli bersetuju dengan cadangan KWSP mengekalkan pengeluaran penuh pada umur 55 tahun, dengan caruman baharu selepas umur 55 hingga 60 tahun hanya boleh dikeluarkan pada umur 60 tahun.

Had Pengkreditan Dividen Dilanjutkan Hingga Ahli Berumur 100 Tahun

  • Seramai 61 peratus bersetuju dengan cadangan KWSP melanjutkan pembayaran dividen daripada umur 75 tahun kepada 100 tahun agar ahli terus menikmati kesan penggandaan pulangan simpanan persaraan mereka.

KWSP juga menambah baik beberapa aspek polisi yang lain untuk kesejahteraan persaraan anda.

 

Soalan Lazim Inisiatif Penambahbaikan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan,
Sila hubungi kami di 03-8922 6000.